Sunday 2 December 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian


Contoh Rancangan Pengajaran Harian


Tarikh              : 19 Oktober 2012                   Hari     : Jumaat
Masa                : 9.30 – 10.30                          Kelas   : 4 Baiduri
Subjek             : Pendidikan Islam
Tema               : Ibadah
Tajuk               : Solat
Sub Tajuk        : Rukun-Rukun Solat 
Standard Kandungan  : Pengertian rukun dan jenis-jenis rukun solat
Standard Pembelajaran : Menyatakan pengertian rukun solat dan rukun-rukun solat
Hasil Pembelajaran: Selepas pengajaran, pelajar dapat:
             1.Kognitif
               i.Murid dapat menyatakan rukun-rukun solat dengan tertib
 ii.Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis rukun solat dan contoh-contoh
2.Afektif
  i.Murid mematuhi perintah Allah
 ii.Murid meyakini kewajipan solat
 3.Psikomotor
  i.Murid boleh melakukan solat mengikut rukun yang betul.
 ii.Murid mengamalkan dalam kehidupan seharian.
ABM               : Carta bergambar, Carta ayat, Pita Rakaman
Pengisian Kurikulum:
i.                    Ilmu : Murid mengetahui rukun-rukun solat dengan tertib
ii.                  Nilai : Istiqamah (berterusan) dalam melakukan kebaikan.   
iii.                Elimen Merentas Kurikulum
a)      Kreatif & Inovatif : Membuat peta minda
b)      Teknologi : Mencari maklumat tentang solat dari internet
Kemahiran       : Menyatakan rukun-rukun solat dengan tertib
Strategi            : Pembelajaran secara kontekstual  dan kemahiran berfikir
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan solat di rumah bersama keluarga dan biasa bersolat

AKTIVITI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Fasa / Langkah
Isi Pelajaran/ Kandungan
Aktiviti Pengajaran &
Pembelajaran
Catatan
(Penjelasan tentang aplikasi pengetahuan, kemahiran, nilai & EMK)

Set induksi
Gambar orang bersolat

1.Guru mempamerkan gambar
1. Guru bersoaljawab dengan murid
2. Guru mengaitkan dengan tajuk

Pengetahuan
Murid dapat menyatakan tentang gambar
Langkah 1
Pengertian rukun dan jenis-jenis rukun solat
1.Guru menerangkan tentang pengertian rukun dan jenis-jenis rukun berdasarkan carta
2.Guru bersoaljawab dengan murid
3.Murid menyenaraikan semula
Kemahiran Kognitif
Murid dapat menyatakan dan menyenaraikan semula jenis-jenis rukun solat




Langkah 2
Rukun-rukun solat
1.Murid mengakses maklumat dari internet tentang rukun-rukun solat

2. Murid menyenaraikan dapatan mereka tentang rukun solat kepada rakan-rakan.

Elemen Merentas Kurikulum

Teknologi Maklumat – Internet.
Langkah 3
Rukun-rukun solat
1. Guru meminta murid menghasilkan peta minda dalam kumpulan.
 2. Murid-murid menghasilkan dan membuat pembentangan

Kreativiti dan Inovasi

Membuat peta minda
Langkah 4
Amali solat
1. Murid melakukan solat mengikut rukun dengan tertib

2. Guru menilai amali murid
Kemahiran Psikomotor

Murid melakukan solat dengan tertib.
Penutup
Rumusan
1.Guru menasihati murid supaya melakukan ibadah solat dengan sempurna
Nilai-nilai Murni
1.Nasihat-menasihati
2.Istiqamah dalam melakukan ibadah solat.

Wednesday 14 November 2012

Nasyid


Solat Sunat Hari Raya

                      



Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya
Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.[1]
Muslim juga disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya). Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum sunat mandi Jumaat kerana Hari Raya ialah hari berhimpunnya manusia untok melakukan solat sunat hari raya. Mana-mana waktu atau tempat yang berlakunya perhimpunan manusia, maka disunatkan mandi. Bahkan disunatkan mandi kepada semua, sama ada yang ingin menghadiri solat Hari Raya ataupun tidak kerana mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan. Disunatkan membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan memakai wangi-wangian.
Selain itu sisunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan, musolla dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa. Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Anas radiyallahuanhu meriwayatkan, "Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, Baginda memakannya dengan bilangan ganjil." (Riwayat Bukhari)
Selain itu dsunatkan memakai pakaian yang paling bagus, walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi jika warna putih maka terhimpun padanya dua sunat; pakaian yang bagus dan warna putih iaitu warna yang paling afdhal. Disunatkan membawa anak-anak yang sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya.
Selain itu, Muslim digalakkan menggunakan jalan yang berlainan untuk pergi dan balik dari masjid. Hikmahnya supaya bertemu dengan ramai orang. Selain itu, memandangkan seseorang bukan selalu balik ke kampung, bolehlah melihat keadaan kampung. Barangkali rupa pun sudah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan patah dan lain-lain. Hulurkanlah sedekah masuk ke dalam tabung masjid.




Tuesday 13 November 2012

Solat Jumaat

 



 Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu



             Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)