Tuesday 13 November 2012

Solat Jamak Dan Qasar


Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua       rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh       diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;       “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu       tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika       kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-       Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan       kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku       telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,       solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah       kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-       Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin       mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri       daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua       marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4  Syarat Solat Qasar
      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh       syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada      dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam        (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat        empat rakaat.
1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana       Allah Taala)

2.0 Solat Jama'
2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar       dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam       waktu Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar        dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam        waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat        Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat        Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama        sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul        ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul        ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur        atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang        kedua (Asar atau Isya’). 2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
                                                i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu        Zuhur atau Maghrib.
      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi       salam solat yang kedua.   2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan       kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2  Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan       kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

No comments:

Post a Comment