Tuesday 13 November 2012

Solat Membentuk Peribadi Muslim Dan Muslimah



Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim
Bagi saya, amalan melakukan sembahyang perlu disertakan dengan kesedaran bahawa sembahyang bukan setakat menunaikan tuntutan Allah semata-mata, tetapi berkaitan juga dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan. Hukum sembahyang yang Wajib adalah hak Allah yang mesti ditunaikan, tetapi hukum-hukum yang Sunnat dan Makruh adalah hak manusia (atas autoriti Allah) memilih sama ada untuk melakukannya atau tidak.

Hukum Sunnat dalam sembahyang, saya percaya berkaitan dalam proses pembentukan peribadi manusia. Satu contoh, dalam bab sembahyang ada hukum yang menyebut 'Makruh sembahyang di laluan'. Makruh bermaksud tidak digalakkan. Terpulanglah kepada anda mentafsirkan 'laluan'. Bagi saya hukum ini baik untuk diambil i'tibar. Isunya, jika sembahyang di laluan, akan menyukarkan orang untuk lalu-lalang. I'tibar dari hukum ini ialah jangan membuat sebarang halangan yang menyukarkan orang lalu-lalang. Dalam hidup bermasyarakat, boleh diambil contoh-contoh yang selalu kita lihat. Cuba fikirkan, bagaimana kita meletak kenderaan, menghalang atau tidak. Bagaimana cara kita meninggalkan selipar atau kasut di depan pintu, menyukarkan orang keluar masuk rumah atau masjid atau tidak. Jika kita berdiri berbual di kaki lima, meletakkan barangan kita, adakah menyusahkan orang lain yang lalu-lalang. Pendek kata jika hukum ini dijadikan i'tibar untuk kehidupan kita, maka umat Islam adalah golongan umat yang berperibadi mulia. Banyak lagi hukum-hukum Sunnat dan Makruh dalam sembahyang yang boleh dijadikan i'tibar dan panduan hidup kita sama ada berkeluarga atau bermasyarakat. Ini hanya satu contoh sahaja.

"Solat mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran". Dengan ayat ini  boleh dihuraikan dengan panjang lebar pengertiannya. Cuba huraiakan dari perpesktif kehidupan harian.





No comments:

Post a Comment