Wednesday 14 November 2012

Solat Sunat Hari Raya

                      



Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya
Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.[1]
Muslim juga disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya). Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum sunat mandi Jumaat kerana Hari Raya ialah hari berhimpunnya manusia untok melakukan solat sunat hari raya. Mana-mana waktu atau tempat yang berlakunya perhimpunan manusia, maka disunatkan mandi. Bahkan disunatkan mandi kepada semua, sama ada yang ingin menghadiri solat Hari Raya ataupun tidak kerana mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan. Disunatkan membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan memakai wangi-wangian.
Selain itu sisunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan, musolla dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa. Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Anas radiyallahuanhu meriwayatkan, "Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, Baginda memakannya dengan bilangan ganjil." (Riwayat Bukhari)
Selain itu dsunatkan memakai pakaian yang paling bagus, walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi jika warna putih maka terhimpun padanya dua sunat; pakaian yang bagus dan warna putih iaitu warna yang paling afdhal. Disunatkan membawa anak-anak yang sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya.
Selain itu, Muslim digalakkan menggunakan jalan yang berlainan untuk pergi dan balik dari masjid. Hikmahnya supaya bertemu dengan ramai orang. Selain itu, memandangkan seseorang bukan selalu balik ke kampung, bolehlah melihat keadaan kampung. Barangkali rupa pun sudah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan patah dan lain-lain. Hulurkanlah sedekah masuk ke dalam tabung masjid.




1 comment:

  1. Assalamaualaikum.

    Terima kasih, info yang baik untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete