Tuesday, 4 December 2012
Monday, 3 December 2012
Sunday, 2 December 2012
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh : 19 Oktober 2012 Hari : Jumaat
Masa : 9.30 – 10.30 Kelas : 4 Baiduri
Subjek : Pendidikan
Islam
Tema : Ibadah
Tajuk : Solat
Sub Tajuk : Rukun-Rukun
Solat
Standard
Kandungan : Pengertian rukun dan
jenis-jenis rukun solat
Standard
Pembelajaran : Menyatakan pengertian rukun solat dan rukun-rukun solat
Hasil Pembelajaran: Selepas pengajaran, pelajar
dapat:
1.Kognitif
i.Murid dapat
menyatakan rukun-rukun solat dengan tertib
ii.Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis rukun solat
dan contoh-contoh
2.Afektif
i.Murid mematuhi perintah Allah
ii.Murid meyakini kewajipan solat
3.Psikomotor
i.Murid boleh melakukan solat mengikut rukun
yang betul.
ii.Murid mengamalkan dalam kehidupan seharian.
ABM :
Carta bergambar, Carta ayat, Pita Rakaman
Pengisian
Kurikulum:
i.
Ilmu :
Murid mengetahui rukun-rukun solat dengan tertib
ii.
Nilai :
Istiqamah (berterusan) dalam melakukan kebaikan.
iii.
Elimen
Merentas Kurikulum
a)
Kreatif &
Inovatif : Membuat peta minda
b) Teknologi : Mencari maklumat tentang solat dari
internet
Kemahiran : Menyatakan
rukun-rukun solat dengan tertib
Strategi :
Pembelajaran secara kontekstual dan
kemahiran berfikir
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan
solat di rumah bersama keluarga dan biasa bersolat
AKTIVITI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
|
|||
Fasa / Langkah
|
Isi Pelajaran/ Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran &
Pembelajaran
|
Catatan
(Penjelasan
tentang aplikasi pengetahuan, kemahiran, nilai & EMK)
|
Set induksi
|
Gambar orang bersolat
|
1.Guru mempamerkan gambar
1. Guru bersoaljawab dengan
murid
2. Guru mengaitkan dengan
tajuk
|
Pengetahuan
Murid dapat menyatakan tentang gambar
|
Langkah 1
|
Pengertian rukun dan jenis-jenis rukun solat
|
1.Guru menerangkan tentang
pengertian rukun dan jenis-jenis rukun berdasarkan carta
2.Guru bersoaljawab dengan
murid
3.Murid menyenaraikan semula
|
Kemahiran Kognitif
Murid dapat menyatakan dan menyenaraikan semula jenis-jenis rukun
solat
|
Langkah 2
|
Rukun-rukun solat
|
1.Murid mengakses maklumat
dari internet tentang rukun-rukun solat
2. Murid menyenaraikan
dapatan mereka tentang rukun solat kepada rakan-rakan.
|
Elemen
Merentas Kurikulum
Teknologi Maklumat – Internet.
|
Langkah 3
|
Rukun-rukun solat
|
1. Guru meminta murid menghasilkan peta minda dalam kumpulan.
2. Murid-murid menghasilkan dan membuat
pembentangan
|
Kreativiti dan Inovasi
Membuat peta minda
|
Langkah 4
|
Amali solat
|
1. Murid
melakukan solat mengikut rukun dengan tertib
2. Guru
menilai amali murid
|
Kemahiran Psikomotor
Murid melakukan solat dengan tertib.
|
Penutup
|
Rumusan
|
1.Guru
menasihati murid supaya melakukan ibadah solat dengan sempurna
|
Nilai-nilai Murni
1.Nasihat-menasihati
2.Istiqamah dalam melakukan ibadah solat.
|
Wednesday, 14 November 2012
Solat Sunat Hari Raya
Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya
Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit
berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat
sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum
membayar zakat
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi
ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan
waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.[1]
Muslim juga disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat
Hari Raya). Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum sunat mandi Jumaat
kerana Hari Raya ialah hari berhimpunnya manusia untok melakukan solat
sunat hari raya. Mana-mana waktu atau tempat yang berlakunya perhimpunan
manusia, maka disunatkan mandi. Bahkan disunatkan mandi kepada semua,
sama ada yang ingin menghadiri solat Hari Raya ataupun tidak kerana
mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan. Disunatkan
membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku,
menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan
memakai wangi-wangian.
Selain itu sisunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri
(afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di
rumah, maka makan di jalanan, musolla dan sebagainya supaya dapat
membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa.
Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang
mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Anas
radiyallahuanhu meriwayatkan, "Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak
keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar,
Baginda memakannya dengan bilangan ganjil." (Riwayat Bukhari)
Selain itu dsunatkan memakai pakaian yang paling bagus, walaupun
bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi
jika warna putih maka terhimpun padanya dua sunat; pakaian yang bagus
dan warna putih iaitu warna yang paling afdhal. Disunatkan membawa
anak-anak yang sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya.
Selain itu, Muslim digalakkan menggunakan jalan yang berlainan untuk
pergi dan balik dari masjid. Hikmahnya supaya bertemu dengan ramai
orang. Selain itu, memandangkan seseorang bukan selalu balik ke kampung,
bolehlah melihat keadaan kampung. Barangkali rupa pun sudah berubah.
Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah
jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan
patah dan lain-lain. Hulurkanlah sedekah masuk ke dalam tabung masjid.
Tuesday, 13 November 2012
Solat Jumaat
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu
Firman Allah SWT:
“ | "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) |
Solat Membentuk Peribadi Muslim Dan Muslimah
Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim
Bagi
saya, amalan melakukan sembahyang perlu disertakan dengan kesedaran
bahawa sembahyang bukan setakat menunaikan tuntutan Allah semata-mata,
tetapi berkaitan juga dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan.
Hukum sembahyang yang Wajib adalah hak Allah yang mesti ditunaikan,
tetapi hukum-hukum yang Sunnat dan Makruh adalah hak manusia (atas
autoriti Allah) memilih sama ada untuk melakukannya atau tidak.Hukum Sunnat dalam sembahyang, saya percaya berkaitan dalam proses pembentukan peribadi manusia. Satu contoh, dalam bab sembahyang ada hukum yang menyebut 'Makruh sembahyang di laluan'. Makruh bermaksud tidak digalakkan. Terpulanglah kepada anda mentafsirkan 'laluan'. Bagi saya hukum ini baik untuk diambil i'tibar. Isunya, jika sembahyang di laluan, akan menyukarkan orang untuk lalu-lalang. I'tibar dari hukum ini ialah jangan membuat sebarang halangan yang menyukarkan orang lalu-lalang. Dalam hidup bermasyarakat, boleh diambil contoh-contoh yang selalu kita lihat. Cuba fikirkan, bagaimana kita meletak kenderaan, menghalang atau tidak. Bagaimana cara kita meninggalkan selipar atau kasut di depan pintu, menyukarkan orang keluar masuk rumah atau masjid atau tidak. Jika kita berdiri berbual di kaki lima, meletakkan barangan kita, adakah menyusahkan orang lain yang lalu-lalang. Pendek kata jika hukum ini dijadikan i'tibar untuk kehidupan kita, maka umat Islam adalah golongan umat yang berperibadi mulia. Banyak lagi hukum-hukum Sunnat dan Makruh dalam sembahyang yang boleh dijadikan i'tibar dan panduan hidup kita sama ada berkeluarga atau bermasyarakat. Ini hanya satu contoh sahaja.
"Solat mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran". Dengan ayat ini boleh dihuraikan dengan panjang lebar pengertiannya. Cuba huraiakan dari perpesktif kehidupan harian.
Sejarah Solat
SEJARAH SOLAT
.
Menurut sesetengah riwayat yang sahih sandarannya, peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum peristiwa Hijrah iaitu pada tahun ke-11 kerasulan baginda, bersamaan tahun 622 Masehi.
.
Ketika itu baginda berusia dalam lingkungan 51 tahun. Perjalanan ini dilalui dengan jasad dan roh sekali serta dalam keadaan sedar. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Cara Menentukan Arah Qiblat
Arah kiblat menggunakan matahari boleh diukur dua kali setahun.
“Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh
digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada
betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan
sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.
“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah
lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana
di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari
hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” Cara mengukur arah kiblat
| ||||
Kelebihan Solat Berjemaah
Solat Jamak Dan Qasar
|
Rukun-Rukun Solat
Rukun Solat
Rukun-rukun solat
1.Niat
Dari Umar ra, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Segala amalan itu menurut niat dan bagi tiap-tiap manusia apa yang dia niatkan.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
2.Berdiri dalam solat fardu
Allah swt. Berfirman yang bermaksud:
“Peliharalah solat dan solat wusta dan berdirilah kamu dalam keadaan tunduk kepada Allah”
[Surah Al Baqarah-ayat 238]
Imran ibn Husain ra berkata:
“Aku
berpenyakit buasir, maka aku bertanya kepada nabi s.a.w. tentang keadaan
solat, lalu baginda berkata: Bersolatlah dengan berdiri. Jika engkau
tidak sanggup berdiri, maka kerjakanlah dalam keadaan duduk, maka
kerjakanlah sambil berbaring di atas rusuk(sisi)”
[H.R. Al Bukhari]
3.Menghadap kiblat
4.Takbiratul ihram
Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”
[H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]
Dari Abu Humaid ra.,
“Adalah Nabi
s.a.w. apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau berdiri lurus dan
mengangkat tangannya, kemudian mengucapkan Allahu Akbar.”
[H.R. Ibnu Majah , disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban]
5.Membaca Al Fatihah(tiap-tiap rakaat solat fardu dan sunat)
Ubadah ibn Samit menerangkan bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihah di dalamnya.”
[H.R. Al Jamaah]
Rifa’ah ibn Rafi’ menerangkan:
“Bahwasanya
Nabi s.a.w. mengajarkan solat kepada seorang lelaki. Baginda berkata:
Jika ada sesuatu suarh dari al-Quran bersama engkau, maka bacalah dia.
Jika tidak ada, pujilah Allah, besarkanlah Dia(bacalah takbir,bacalah
tahlil), kemudian rukuklah.”
[H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi(menghasankannya),An Nasa’i dan al Baihaqi]
6.Rukuk(tuma’ninah-berhenti sejenak)
7.Iktidal(tuma’ninah-berhenti sejenak)
8.Sujud(tuma’ninah-berhenti sejenak)
9.Duduk akhir dan membaca tahiyat di dalamnya
10.Salam
Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”
[H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]
11.Tertib
Thursday, 8 November 2012
Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat

1. Makan dan minum dengan sengaja.
Jika makan atau minum dengan tidak sengaja atau tidak sedar, maka tidak membatalkan solat.
2. Berkata-kata dengan sengaja.
Daripada Zaid bin al-Arqam r.a. katanya: “(Dahulu) kami sering berbicara ketika sedang solat. Salah seorang sahabat kami mengajak bicara teman yang berada di sampingnya ketika solat, hingga turunlah ayat: ‘Dab laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk.’ (Surah al-Baqarah 2: 238), maka kami diperintahkan untuk diam dan melarang kami berbicara (ketika sedang solat).” (Riwayat al-Jamaah)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam solat itu ada kesibukan.” (Muttafaq ‘alaih)
Menurut ulama Syafi’iyyah, ukuran perkataan yang membatalkan solat ialah enam perkataan yang dapat difahami.
3. Berhadas sebelum salam yang pertama.
4. Badan atau pakaian terkena najis.
5. Berdehem, mengeluh, bergurau atau ketawa.
Jika mengandungi dua huruf atau lebih tanpa uzur dan boleh didengari, kecuali jika semua itu terjadi kerana takut kepada Allah atau kerana rasa sakit dan dia tidak mampu menahan untuk tidak mengucapkannya.
6. Banyak bergerak yang bukan gerakan solat.
Tetapi sekiranya gerakan tersebut sedikit, maka tidak batal solat. Ukuran banyaknya gerakan adalah tiga kali berturut-turut oleh satu anggota dalam satu rukun solat.
7. Sengaja meninggalkan rukun atau syarat sah solat dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibolehkan oleh syarak seperti sengaja tidak menghadap kiblat atau berubah niat.
8. Terbuka atau membuka aurat dengan sengaja walaupun sedikit. Sekiranya tidak sengaja, tidak batal solat andai dapat ditutupi semula dengan segera.
9. Makmum yang sengaja mendahului imam.
Makmum yang sengaja mendahului imam satu rukun solat. Jika tidak sengaja, maka hendaklah makmum tersebut kembali mengikut imam dan solatnya tidak batal.
10. Sengaja memberi salam sebelum solatnya sempurna.
Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat
SYARAT-SYARAT SOLAT
Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.
SYARAT SAH SOLAT
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Kaabah).
Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.
SYARAT SAH SOLAT
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Kaabah).
Wednesday, 7 November 2012
Pengertian Solat
PENGERTIAN SOLAT
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syara', solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
Yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.
Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
sebagai rukun qalbiyy.
Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah
dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:
“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”
Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:
1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.
2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang
cahaya syafaq dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruk).
Subscribe to:
Posts (Atom)