Wednesday, 14 November 2012
Solat Sunat Hari Raya
Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya
Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit
berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat
sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum
membayar zakat
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi
ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan
waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.[1]
Muslim juga disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat
Hari Raya). Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum sunat mandi Jumaat
kerana Hari Raya ialah hari berhimpunnya manusia untok melakukan solat
sunat hari raya. Mana-mana waktu atau tempat yang berlakunya perhimpunan
manusia, maka disunatkan mandi. Bahkan disunatkan mandi kepada semua,
sama ada yang ingin menghadiri solat Hari Raya ataupun tidak kerana
mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan. Disunatkan
membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku,
menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan
memakai wangi-wangian.
Selain itu sisunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri
(afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di
rumah, maka makan di jalanan, musolla dan sebagainya supaya dapat
membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa.
Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang
mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Anas
radiyallahuanhu meriwayatkan, "Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak
keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar,
Baginda memakannya dengan bilangan ganjil." (Riwayat Bukhari)
Selain itu dsunatkan memakai pakaian yang paling bagus, walaupun
bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi
jika warna putih maka terhimpun padanya dua sunat; pakaian yang bagus
dan warna putih iaitu warna yang paling afdhal. Disunatkan membawa
anak-anak yang sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya.
Selain itu, Muslim digalakkan menggunakan jalan yang berlainan untuk
pergi dan balik dari masjid. Hikmahnya supaya bertemu dengan ramai
orang. Selain itu, memandangkan seseorang bukan selalu balik ke kampung,
bolehlah melihat keadaan kampung. Barangkali rupa pun sudah berubah.
Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah
jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan
patah dan lain-lain. Hulurkanlah sedekah masuk ke dalam tabung masjid.
Subscribe to:
Posts (Atom)